SYAMSUL (kiri) enggan ulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinannya. FOTO IG SYAMSUL YUSOF
SYAMSUL (kiri) enggan ulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinannya. FOTO IG SYAMSUL YUSOF

berita Norhayati Nordin

[email protected]

Kuala Lumpur: Pengarah Syamsul Yusof, 36, memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah dalam keadaan baik.

  Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof ketika dihubungi Harian Metro, bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka.

  Terdahulu, timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin, yang ditemani ibu mentuanya.

  "Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati

  "No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga," katanya.

  Ditanya juga mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram, dia tegas enggan memberi komen.

  Apapun, semalam Harian Metro melaporkan kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

  Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

  Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

  Pasangan Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Berita berkaitan

  • Puteri Sarah ke pejabat agama?
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 5:58 PM