Abdul Ghani (kiri) meninggal dunia di sebuah hospital akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru. 
Abdul Ghani (kiri) meninggal dunia di sebuah hospital akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru. 
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Bapa kepada penyanyi dan pelawak Ieda Moin iaitu Abdul Moin Abdul Ghani, 68, meninggal dunia hari ini di sebuah hospital akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru. 

Berita sedih itu diumumkan rakan kongsinya yang mengusahakan restoran Lepak Court, Nurul Azrina Kadri di Facebook.

"Assalamualaikum...hujan membasahi bumi seakan memahami kedukaan ini di pagi hari. Dukacitanya abah kepada Ieda Moin, Ed Moin, Mizs Ina telah kembali kepada Maha Sang Pencipta. Doakan semoga segalanya dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, ditinggikan martabatnya dan ditempatkan bersama para kekasih Allah.Al-fatihah," tulisnya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Ieda tidak berjaya apabila dia mematikan telefonnya. 

Terdahulu, Ieda membuat hantaran di Facebook, Ahad lalu meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan bapanya yang sedang dirawat di hospital.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 11:50 AM