SCHA Alyahya.
SCHA Alyahya.
Najiy Jefri


MISTERI kehilangan laman sosial Instagram pelakon dan pengacara Scha Alyahya sejak semalam mencetuskan tanda tanya warganet.

Lebih membimbangkan, hantaran terakhir Scha dengan ayat 'I've had enough' petang semalam membuatkan ramai pihak berasa bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang hamil.

Malah tidak kurang juga yang menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu 'berehat' dari media sosial.

Scha yang memiliki lebih lima juta pengikut di Instagram berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal ketika mahu membuat 'link' ke akaun perniagaan Facebook.

"Saya silap 'deactivated' akaun sebab nak 'link' kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita, panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

"Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula," katanya.

Kejadian yang berlaku itu juga membuatkan ramai pihak bertanyakan perkara itu di Instagram Awal sehingga ada pihak membuat spekulasi Scha memadam akaun media sosial itu kerana sedang marah iaitu merujuk kepada hantaran terakhirnya itu.

Selain itu ada juga yang berpendapat laman sosial Scha mungkin digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 2:39 PM