Ieda Moin bersyukur apabila keputusan ujian saringan Covid-19 menunjukkan dia negatif dan tidak dijangkiti. FOTO IG MOIN
Ieda Moin bersyukur apabila keputusan ujian saringan Covid-19 menunjukkan dia negatif dan tidak dijangkiti. FOTO IG MOIN
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Ieda Moin bersyukur apabila keputusan ujian saringan Covid-19 menunjukkan dia negatif dan tidak dijangkiti. 

Ieda berkongsi berita gembira itu di Instagram selepas menjalani ujian saringan bersama pasukan produksi drama Sang Pewaris, tiga hari lalu. 

"Alhamdulillah. Amin, segalanya dipermudahkan buat pasukan Sang Pewaris. Keputusan ujian saringan Covid-19 Cikda (Ieda) dan seluruh pasukan, negatif," tulisnya. 

Tiga hari lalu, Ieda berkongsi video yang menunjukkan dia sedang menjalani proses ujian saringan itu. 

"Alhamdulillah, kami semua di set Sang Pewaris menjalankan ujian saringan Covid-19 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan," tulisnya. 

Dalam hantaran yang dikongsikan semalam, Ieda turut memuat naik keputusan ujian yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta itu. 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 5:22 PM