ELLEN PAGE
ELLEN PAGE
Agensi

PELAKON Ellen Page mendedahkan dia kini bergelar transgender selepas menukar jantina menjadi seorang lelaki.

Bintang siri Netflix The Umbrella Academy itu membuat pengumuman rasmi di Instagram dengan menggantikan namanya daripada Ellen Page kepada Elliot Page.

"Hai semua, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya adalah seorang transgender. Nama saya kini adalah Elliot.

"Saya bangga untuk berkongsi perkara ini. Saya tak sangka mampu sampai ke tahap ini dalam hidup saya," katanya.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Page dilihat terbuka berkongsi pengalamannya menjadi transgender dan bersyukur keputusan yang dibuat mendapat sokongan daripada komuniti itu.

"Saya bahagia dengan pilihan yang dibuat tetapi dalam masa sama berasa takut dengan tindakan agresif, kebencian, kutukan atau kekerasan.

"Jadi cukup-cukuplah anda melukai orang lain. Saya salah seorang daripada mereka (komuniti transgender) dan kami tidak akan diam menghadapi serangan anda," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 12:15 PM