X
Bersama Roger Moore dalam filem James Bond : A View To A Kill pada 1985.
Bersama Roger Moore dalam filem James Bond : A View To A Kill pada 1985.
Agensi

Los Angeles: Pelakon Tanya Roberts yang popular menerusi watak gadis Bond, meninggal dunia pada usia 65 tahun di sebuah hospital, di sini, semalam.

Jurucakapnya, Mike Pingel mengesahkan berita itu tanpa mendedahkan punca kematiannya.

Menurutnya, Roberts dimasukkan hospital selepas pengsan ketika mendaki bukit di sekitar rumahnya pada 24 Disember lalu.

Bagaimanapun, dia menafikan pelakon terbabit meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19. Dia juga dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit sebelum insiden pengsan itu.

Sewaktu di hospital, Roberts terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Bagaimanapun, Isnin lalu, dia sudah berada dalam keadaan nazak.

Nama Roberts mencetus fenomena sekitar 1980-an apabila membintangi siri James Bond, A View To A Kill bersama Roger Moore. Dia memegang watak sebagai Stacey Sutton yang juga seorang saintis.

Terdahulu, namanya mula dikenali selepas muncul dalam siri terkenal Charlie's Angels pada1976. Pada 1984, dia turut melakonkan watak wanita Tarzan dalam filem berjudul Sheena.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 10:57 AM