Bruce Willis dihalau dari kedai farmasi.
Bruce Willis dihalau dari kedai farmasi.
Agensi

Los Angeles: Gara-gara memasuki kedai farmasi di sini tanpa mengenakan pelitup muka, pelakon legenda Bruce Willis, 65, dihalau keluar dari premis itu, baru-baru ini.

Menurut laporan, bintang filem Die Hard itu enggan menutup langsung mulut dan hidungnya sewaktu memasuki premis terbabit walaupun sehelai skaf kelihatan tergantung di lehernya.

Tindakannya itu sekali gus mencetuskan kemarahan pelanggan lain dalam farmasi berkenaan. Dia kemudian keluar dari premis itu tanpa membeli apa-apa selepas dihalau.

Insiden itu berlaku selepas jumlah kematian akibat Covid-19 mencecah lebih 30,000 orang di California dan Los Angeles adalah kawasan paling terjejas dengan jangkitan virus itu.

Seramai 10 orang disahkan positif Covid-19 setiap minit di bandar raya menyebabkan penduduk diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa terutama ketika keluar membeli-belah atau bercampur orang lain.

Willis tidak berselindung mengenai dirinya menjalani kuarantin bersama sejumlah besar keluarganya walaupun ia ditegah. Dia juga berkongsi keluarga besarnya meraikan Krismas beramai-ramai, Disember lalu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 11:04 AM