NUBHAN berkongsi khabar berita sedih. FOTO arkib NSTP
NUBHAN berkongsi khabar berita sedih. FOTO arkib NSTP
Najiy Jefri


Kuala Lumpr: Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi khabar sedih apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran baru-baru ini. 

Nubhan berkata, dia dan isteri reda apabila hasrat mereka untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian.

"Tak ada rezeki anak ketiga. Gugur buat kali yang kedua. Usia kandungan tujuh minggu, jadi kena berpantang ringan-ringan," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram TV miliknya. 

Menerusi video terbabit, Nubhan turut berkongsi rakaman detik gembira ketika mendapat berita isterinya hamil menerusi kit ujian kehamilan.

Kemudian, video berdurasi lebih dua minit itu memperlihatkan isterinya melakukan pemeriksaan kandungan selepas mengalami pendarahan. 

"Tiada degupan jantung dikesan. Tak ada rezeki, baby dah keluar," katanya sambil memeluk isterinya selepas disahkan kandungan gugur.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Nubhan bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya. 

Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada Ogos 2015. 

Pasanan itu dikurniakan cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 dan Ahmad Aaffan berusia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 3:29 PM