Maklumat lengkap akan dipaparkan dari pemeriksaan ladang, pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti terakhir sehinggalah ketibaan dan kelulusan eksport. FOTO Friso Gold
Maklumat lengkap akan dipaparkan dari pemeriksaan ladang, pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti terakhir sehinggalah ketibaan dan kelulusan eksport. FOTO Friso Gold
Muhamad Shaifullah Tayep

SEBANYAK 96 peratus ibu di negara ini berpendapat maklumat di bahagian bungkusan tidak mencukupi malahan mahukan lebih maklumat mengenai proses pemeriksaan kualiti dari sumber makanan dan ketika pemprosesan.

Ia dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh theAsianparent, pada Disember 2019 hingga Februari 2020 ke atas 400 ibu mengandung dan ibu dengan anak berumur satu tahun ke atas di negara ini.

Hasil kajian berkenaan turut menunjukkan 99 peratus ibu lebih mempercayai jenama serta produk yang memperoleh kelulusan pemeriksaan kualiti ketat.

Tambah pengetahuan ibu bapa

FOTO Friso Gold

Bagi memenuhi permintaan ibu untuk mengakses perjalanan lengkap susu dari sumber, Friso Gold® melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama, TrackEasy pada 20 Jun lalu.

Pelancaran dibuat secara maya di laman Facebook dan YouTube Friso Gold Malaysia, dihoskan oleh Aishah Sinclair membolehkan ibu bapa menambah pengetahuan supaya lebih arif tentang kesahihan, keselamatan serta kualiti produk.

TrackEasy membolehkan ibu bapa mengikuti perjalanan penuh Frisomum® Gold dan Friso Gold dari sumber (pemeriksaan ladang) hingga pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti akhir, tarikh kelulusan eksport dan tarikh tiba di Malaysia.

Anda hanya perlu mengimbas kod QR di bahagian bawah tin 900 gram (g) bagi melihat ketelusan produk supaya ibu bapa yakin bahawa pilihan susu mereka sudah melalui pemeriksaan kualiti yang menyeluruh di setiap peringkat.

Pengarah Urusan, Dutch Lady Milk Industries BHD (DLMI), Tarang Gupta, berkata kod QR TrackEasy memberi jaminan kepada semua ibu tentang bagaimana produknya dibuat dengan kualiti terbaik.

"Kod QR TrackEasy membolehkan ibu bapa menelusuri perjalanan lengkap produk Friso Gold® bermula dari ladang mereka di Belanda, berasa lebih yakin dengan kesahihan, keselamatan dan kualiti Friso Gold® serta memberi penekanan tentang keselamatan makanan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran, Friso Gold® Malaysia, Claire Daphne Dominic, berkata Friso Gold® mampu mencipta pengalaman unik ini kerana mereka memiliki lebih dari 11,000 ladang dan mempunyai kawalan penuh terhadap satu proses pembuatan lengkap dari rumput ke gelas.

Telus dan boleh dipercayai

FOTO Friso Gold

Ibu dan selebriti, Aishah Sinclair, turut mengakui semua ibu perlu tahu setiap aspek yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak.

"Dengan adanya teknologi baru ini, Friso Gold® prihatin ke atas kebimbangan ibu milenium dan menjadikannya peluang untuk menjadi telus serta boleh dipercayai.

Friso Gold® TrackEasy memberikan akses kepada maklumat penting yang menjamin kualiti produk bagi mendapatkan kepercayaan mereka," katanya.

Jadi duta Friso Gold

FOTO Friso Gold

Sempena dengan pelancaran TrackEasy, Friso Gold® menganjurkan pencarian 'Top 50 Friso Gold® TrackEasy Mombassadors' yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 berserta produk susu bernilai sehingga RM450 seorang.

Jika anda seorang ibu dan mempunyai anak berusia 1-6 tahun, mempunyai akaun media sosial serta suka berkongsi gambar dan video, sertai pencarian ini dengan mengikuti cara-cara berikut:-

  1. Beli produk Friso Gold yang disertakan kod QR TrackEasy daripada Friso Gold® Official Store di Shopee, Lazada atau kedai-kedai tersenarai di sini.
  2. Imbas kod QR TrackEasy dan muat naik gambar atau video pengalaman anda bersama TrackEasy bersama kapsyen kenapa anda akan mengesyorkan TrackEasy kepada ibu bapa lain.
  3. Tag @frisogoldmy di perkongsian anda dan sertakan hashtag #FrisoGoldMombassador serta #FrisoGoldTrackEasy.
  4. Pastikan perkongsian anda adalah pada tetapan umum.

50 penyertaan terawal akan memenangi baucar Shopee dan produk Friso Gold*. Layari laman web Friso Gold untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai 'Top 50 Friso Gold® Mombassadors'.

Ketahui lebih lanjut mengenai Frisomum® Gold dan Friso Gold® TrackEasy di laman web Friso Gold.

*Tertakluk kepada terma dan syarat: https://tinyurl.com/y8j63xk8

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 2:25 PM