TERUJA meihat dapur yang digunakan untuk membakar kayu bakau. FOTO Nursolehah Abd Aziz
TERUJA meihat dapur yang digunakan untuk membakar kayu bakau. FOTO Nursolehah Abd Aziz
Nursolehah Abd Aziz


PADA asalnya Kuala Sepetang tiada dalam perancangan penulis selepas berada dua hari satu malam di Taiping, Perak untuk berkursus.

Sebelum ini pun, penulis pernah beberapa kali ke bandar Taiping untuk bercuti dengan keluarga namun tidak berkesempatan ke kawasan ini biarpun hanya terletak 15 kilometer.

Bagaimanapun, pada kali ini secara kebetulan kursus tamat lebih awal, penulis bersama keluarga mengambil kesempatan singgah ke Kuala Sepetang sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Bandar Darul Aman, Kedah.

Sebenarnya penulis rasa teruja untuk ke kilang arang untuk melihat sendiri bagaimana proses arang dihasilkan daripada kayu bakau.

Perjalanan memakan masa kira-kira 30 minit tidak terasa apabila kami dihidangkan dengan pemandangan indah kawasan perkampungan nelayan.

Penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar.

KAYU bakau dibakar selama sebulan. FOTO Nursolehah Abd Aziz
KAYU bakau dibakar selama sebulan. FOTO Nursolehah Abd Aziz

Ia dikatakan memerlukan masa sehingga lebih sebulan sebelum arang diambil serta dipasarkan.

Proses ini perlu dilakukan dengan betul untuk memastikan kayu yang dibakar tidak hancur sekali gus boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha.

Jadi tidak hairanlah, arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti terbaik dan mendapat sambutan yang tinggi di dalam mahupun luar negara. Penulis juga difahamkan kayu bakau ini diangkut dengan bot.

Apatah lagi sebelum ini, proses pembuatan arang ini hanya ditonton menerusi televisyen dan laman sosial.

Sebaik tiba, kelihatan beberapa pekerja kilang sibuk mengangkut arang yang sudah siap dihasilkan ke dalam lori.

Penulis menuju masuk ke dalam kilang dan terus menyapa beberapa pekerja wanita yang berehat.

PENULIS masuk ke dalam dapur. FOTO Nursolehah Abd Aziz
PENULIS masuk ke dalam dapur. FOTO Nursolehah Abd Aziz

Mereka menjemput masuk dan penulis terkejut melihat sebuah iglu yang besar dan tinggi.

Pekerja itu memberitahu, iglu itu adalah dapur arang atau relau berbentuk yang boleh memuatkan sehingga 1,500 batang kayu bakar digunakan untuk membakar kayu bakau secara tradisional.

Sebelum bertolak pulang, penulis sempat singgah menikmati mi udang yang sangat terkenal di Kuala Sepetang.

Biarpun hanya dua jam berada di Kuala Sepetang, penulis puas dapat memenuhi impian melihat sendiri proses pembuatan arang.

Seribu satu pengalaman menarik di Kuala Sepetang memahat memori terindah yang pastinya segar di ingatan sampai bila-bila!

MI udang Kuala Sepetang. FOTO Nursolehah Abd Aziz
MI udang Kuala Sepetang. FOTO Nursolehah Abd Aziz

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 6:30 AM
Digital NSTP Subscribe