BERKAYAK mencari lokan di hutan bakau.
BERKAYAK mencari lokan di hutan bakau.
Muhamaad Razis Ismail

SEPERTI filem ‘Cast Away’ dilakonkan Tom Hanks yang terdampar di pulau tidak berpenghuni dalam tempoh lama.

Demikian perkara pertama yang berlegar di fikiran penulis apabila ditawarkan menyertai aktiviti berkhemah di sebuah pulau tidak berpenghuni di Laguna Wetland Setiu, Terengganu.

Lebih menarik, untuk ke sini, penulis perlu menaiki kayak sejauh kira-kira 30 minit untuk ke ‘pulau’ terbabit.

Sebenarnya lokasi ini boleh dihubungkan dengan kenderaan darat namun sedikit sukar kerana perlu menempuh jalan berpasir.

Di lokasi tapak perkhemahan itu turut dilengkapi kemudahan termasuk surau dan dapur memasak untuk digunakan penggemar aktiviti rekreasi santai.

Penulis bersama tujuh rakan bertolak dari Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 8 pagi ke Besut dengan tiga kenderaan.

Kami tiba di Laguna Setiu Wetland selepas menempuh dua jam perjalanan sebelum terus membawa turun empat kayak ke dalam sungai.

Selepas selesai memasukkan kelengkapan perkhemahan ke dalam kayak, kami meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan.

PENGALAMAN cukup menarik biarpun dalam tempoh yang singkat.

Perjalanan memakan masa 30 minit untuk tiba di tapak perkhemahan itu dihidangkan dengan pemandangan pokok bakau.

Sebaik tiba, penulis dapat rasakan benar-benar dibayangi seolah-olah berada di sebuah pulau tidak berpenghuni.

Apa tidaknya, kawasan pulau ini menghadap laut yang terletak hanya 50 meter sahaja dari tapak perkhemahan.

Penulis dapat mendengar dengan jelas bunyi deruan ombak yang cukup menenangkan.

Tanpa membuang masa, kami terus mendirikan khemah masing-masing sebelum menyediakan masakan tengah hari.

Selepas solat dan berehat, kami mengangkat kayak ke kawasan pantai untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar iaitu berkayak sambil melawan ombak.

Pada mulanya penulis rasa agak takut melihat ketinggian ombak namun selepas beberapa kali mencuba perasaan teruja mula timbul seolah-olah seperti meluncur apabila kayak ditolak.

Kemudian, kami sekali lagi mengangkat kayak masuk ke kawasan sungai untuk mencari kepah dan lokan di kawasan pokok bakau.

PENULIS (kiri) mengutip kepah.
PENULIS (kiri) mengutip kepah.

Untuk mencari spesies kerang itu tidak mudah kerana perlu menggunakan pisau khas bagi mengesan kedudukan lokan berkenaan yang berada di dalam lumpur.

Penulis mengambil masa agak lama berbanding rakan lain yang menjerit kegembiraan beberapa kali sebaik dapat mengesan lokan.

Kami kemudian ke sungai yang sudah surut sehingga paras lutut untuk mencari kepah sambil mandi-manda.

Suasana bertambah meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang turut mencari kepah sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual.

Masa berlalu cukup pantas dan apabila hari semakin gelap kami kembali ke tapak perkhemahan untuk menyediakan makan malam.

Malam itu, kami berehat di tepi pantai sambil membuat unggun api.

Keesokan harinya, selepas menikmati sarapan pagi kami bertolak pulang ke Kota Bharu.

Bagi penulis, ini adalah pengalaman cukup menarik biarpun dalam tempoh yang singkat. Sekali sekala dapat lari daripada suasana bandar memang berbaloi!menempuh dua jam perjalanan sebelum terus membawa turun empat kayak ke dalam sungai.

Selepas selesai memasukkan kelengkapan perkhemahan ke dalam kayak, kami meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan.

Perjalanan memakan masa 30 minit untuk tiba di tapak perkhemahan itu dihidangkan dengan pemandangan pokok bakau.

Sebaik tiba, penulis dapat rasakan benar-benar dibayangi seolah-olah berada di sebuah pulau tidak berpenghuni.

PENDUDUK setempat turut mencari lokan dan kepah.
PENDUDUK setempat turut mencari lokan dan kepah.

Apa tidaknya, kawasan pulau ini menghadap laut yang terletak hanya 50 meter sahaja dari tapak perkhemahan.

Penulis dapat mendengar dengan jelas bunyi deruan ombak yang cukup menenangkan.

Tanpa membuang masa, kami terus mendirikan khemah masing-masing sebelum menyediakan masakan tengah hari.

Selepas solat dan berehat, kami mengangkat kayak ke kawasan pantai untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar iaitu berkayak sambil melawan ombak.

Pada mulanya penulis rasa agak takut melihat ketinggian ombak namun selepas beberapa kali mencuba perasaan teruja mula timbul seolah-olah seperti meluncur apabila kayak ditolak.

Kemudian, kami sekali lagi mengangkat kayak masuk ke kawasan sungai untuk mencari kepah dan lokan di kawasan pokok bakau.

Untuk mencari spesies kerang itu tidak mudah kerana perlu menggunakan pisau khas bagi mengesan kedudukan lokan berkenaan yang berada di dalam lumpur.

Penulis mengambil masa agak lama berbanding rakan lain yang menjerit kegembiraan beberapa kali sebaik dapat mengesan lokan.

Kami kemudian ke sungai yang sudah surut sehingga paras lutut untuk mencari kepah sambil mandi-manda.

Suasana bertambah meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang turut mencari kepah sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual.

Masa berlalu cukup pantas dan apabila hari semakin gelap kami kembali ke tapak perkhemahan untuk menyediakan makan malam.

Malam itu, kami berehat di tepi pantai sambil membuat unggun api.

Keesokan harinya, selepas menikmati sarapan pagi kami bertolak pulang ke Kota Bharu.

Bagi penulis, ini adalah pengalaman cukup menarik biarpun dalam tempoh yang singkat. Sekali sekala dapat lari daripada suasana bandar memang berbaloi!

KEPAH yang diperoleh.
KEPAH yang diperoleh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 7:00 AM
Digital NSTP Subscribe