X
Isnin, 18 Mei 2020.

PERUBAHAN tempat duduk di Parlimen ketika Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini mencuri tumpuan kerana ia adalah sidang kali pertama diadakan selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Mac lalu.

Selasa, 12 Mei 2020.

BAGI menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menghadapi wabak Covid-19, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Yayasan Hijau Malaysia menyumbang makanan kepada mereka.

Ahad, 26 April 2020.

RAKYAT diseru melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden pencerobohan hutan atau pemburuan haram dalam usaha melindungi dan memulihara haiwan hutan yang diancam kepupusan termasuklah Tapir Malaya.

Ahad, 19 April 2020.

PEMBEKAL ikan patin di Temerloh terjejas berikutan sebahagian premis restoran dan kedai makan tidak beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Khamis, 16 April 2020.

KEMENTERIAN Tenaga dan Sumber Asli akan menentukan kaedah serta formula baru bagi membantu zoo dan pusat pameran tetap bagi membolehkan ia terus beroperasi.

Isnin, 13 April 2020.

SEBANYAK RM8 juta diperlukan 14 zoo dan 20 pusat Pameran Tetap Hidupan Liar (ZPT) di seluruh negara bagi meneruskan kelangsungan pengoperasian premis masing-masing hingga Disember ini.

Sabtu, 4 April 2020.

LELAKI orang kurang upaya (OKU) fizikal, Ibrahim Shahid, 80, yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terpinggir apabila kediamannya dibaik pulih, selain menerima bantuan barangan keperluan harian.

Selasa, 31 March 2020.

“ASSALAMUALAIKUM Datuk nak mintak bantuan sikit. Yusouf nak datang hospital takde satu sen pun. Nak minta bantuan pampers dengan duit sikit untuk makan dengan tambang dia ke hospital….Suami tak kerja hilang punca pendapatan.”

Khamis, 26 March 2020.

SEJAK bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif menyediakan 79 set janakuasa bergerak dengan pelbagai kapasiti di seluruh negara.

Khamis, 19 March 2020.

DISKAUN bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sabtu, 14 March 2020.

MENTERI Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengambil peluang untuk menyantuni rakyat sempena program Temujanji Rakyat di Pasar Sabtu di Lenggong, hari ini.

Khamis, 12 March 2020.

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik sebagai Setiausaha Agung menggantikan Tan Sri Annuar Musa, hari ini.

Selasa, 10 March 2020.

KESEMUA 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di Putrajaya, hari ini.

Isnin, 9 March 2020.

TIADA Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya Kabinet kerajaan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan.

Selasa, 18 Februari 2020.

SEORANG penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan palsu berhubung penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) di laman profil Facebooknya.