Sebahagian pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Komuniti Pulau Redang bergambar kenangan selepas berakhir kejohanan. FOTO Ihsan SK Pulau Redang.
Sebahagian pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Komuniti Pulau Redang bergambar kenangan selepas berakhir kejohanan. FOTO Ihsan SK Pulau Redang.
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Bukan mahu cari pemenang, tapi Kejohanan Badminton Komuniti Pulau Redang bermatlamatkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan agensi setempat.

Selain itu penganjuran julung kali itu juga dilihat mampu menyihatkan anggota badan melalui aktiviti berfaedah itu serta dapat menghilangkan tekanan.

Penyelaras kejohanan, Nik Hishamuddin Nik Hassan berkata, tujuh agensi setempat termasuk guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), D, Rimba, Berjaya Air dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyertai kejohanan kali pertama itu.

Katanya, pihak penganjur akan berusaha mengadakan kejohanan secara tahunan walaupun berada jauh di pulau bagi mengisi masa terluang.

Pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari di SK Pulau Redang itu, gandingan beregu Mohd Ramadhan Mat Jusoh (SK Pulau Redang) dan Mohd Hafizul Zahrin Masni (PDRM) berjaya muncul juara mengalahkan gandingan, Nik Mohd Asri Nik Hassan (MPKK) dan Muhammad Yusof (SK Pulau Redang), 21-19, 17-21, 21-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 4:07 PM