KHABIB (kiri) diumum pemenang selepas menewaskan Gaethje pada pusingan kedua, Ahad lalu. FOTO Agensi
KHABIB (kiri) diumum pemenang selepas menewaskan Gaethje pada pusingan kedua, Ahad lalu. FOTO Agensi
Agensi

Abu Dhabi: Khabib Nurmagomedov menunjukkan rasa belas kasihannya ketika bertemu Justin Gaethje apabila dia tidak mahu mencederakan petarung dari Amerika Syarikat (AS) itu di depan kedua ibu bapanya, menurut Daniel Cormier.

Ibu bapa Gaethje hadir menyaksikan perlawanan UFC 254 itu yang berlangsung di Fight Island di Abu Dhabi.

Cormier yang juga rakan karib Khabib berkata, bintang Russia itu memberitahunya bahawa dia tidak akan melakukan perkara yang perlu mencederakan Gaethje di depan Carolina dan John Ray Gaethje.

Khabib dikatakan tidak sanggup melakukan gerakan kuncian tangan yang berisiko mampu mematahkan tangan lawannya itu.

Atas sebab itulah Khabib menukar strategi dengan menewaskan Gaethje menerusi gerakan 'triangle choke' pada pusingan kedua.

Cormier ketika ditemuramah oleh 'DC & Helwani' berkata: "Khabib beritahu saya dia menyaksikan sesi temuramah Justin yang menyatakan tidak mahu melakukan gerakan tap (kuncian tangan).

"Jadi apabila Khabib hampir melakukan gerakan itu, dia teringat kata-kata Justin selain tidak mahu mencederakan lawannya itu di depan ibu bapanya.

"Sebab itulah Khabib melakukan gerakan 'triangle choke' yang seperti membuatkan lawannya itu 'tertidur'. Saya berani berjanji, inilah yang diceritakan Khabib kepada saya."

Selepas gerakan itu, Gaethje dilihat pengsan seketika sebelum tersedar semula.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 10:14 PM