POIRIER menghayunkan penumbuk ke muka McGregor. FOTO Agensi
POIRIER menghayunkan penumbuk ke muka McGregor. FOTO Agensi
AFP

Abu Dhabi: Dustin Poirier menewaskan Conor McGregor pada pusingan kedua pertarungan lightweight UFC di Abu Dhabi hari ini sekaligus berjaya membalas dendam ke atas bintang Ireland itu.

Jaguh Amerika Syarikat, Poirier melepaskan tumbukan menggunakan tangan kiri yang menghumbankan lawannya ke kanvas sebelum pengadil Herb Dean menghentikan aksi ketika kiraan 2 minit 32 saat di pusingan kedua.

McGregor yang kerap mencetuskan kontroversi dan terkenal dengan panggilan 'Notorious, kembali ke oktagon buat kali pertama dalam tempoh setahun.

Poirier yang menduduki ranking kedua kini mengesahkan statusnya sebagai pencabar utama gelaran lightweight.

"Saya fikir ia pertarungan kecil, saya kini adalah juara,'' kata Poirier selepas tamat perlawanan manakala McGregor tekad akan membalas dendam.

"Saya akan kembali dan membersihkan segalanya. Itu yang akan saya lakukan.'' katanya.

"Saya kecewa, terkejut. Kekalahan ini sukar ditelan. Saya akan pulang ke hotel dan menceriakan hati ini dengan keluarga.''

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 2:08 PM