JESSICA bersama trofi kejuaraan. FOTO AFP
JESSICA bersama trofi kejuaraan. FOTO AFP
Agensi

Miami: Jessica Korda meraih kemenangan dramatik pada aksi playoff untuk menjuarai Jelajah LPGA Tournament of Champions di Florida.

Jessica yang melakukan 60 pukulan di pusingan ketiga, mencatat 66 di pusingan keempat untuk menamatkan kedudukan selaku pendahulu dalam kelompok teratas dengan 24 bawah bersama Danielle Kang.

Danielle adalah pendahulu sebelum itu dengan kelebihan dua pukulan dan melakukan 68 pada pusingan akhir.

Jessica kemudiannya membenam birdie dari jarak 25 kaki pada lubang pertama aksi playoff untuk menewaskan rakan senegara, Danielle dan meraih gelaran LPGA keenamnya tetapi yang pertama sejak menjuarai LPGA Honda Thailand pada Februari 2018.

"Menakjubkan," kata Jessica. "Ia minggu yang gila. Setiap orang berkata jangkaan yang rendah tetapi saya selalu berkata, saya tidak menyertai kejohanan hanya untuk bertanding semata-mata,'' katanya yang meraikan kemenangan kali pertama bersama ibu bapanya, bekas juara Terbuka Australia, Petr Korda dan Regina Rajchrtova di galeri.

Mereka menyaksikan Jessica mengatasi rekod kejohanan dengan 14 bawah yang dicipta pemain Korea, Ji Eun-hee pada 2019.

Jessica dan kakaknya, Nelly yang berada di ranking keempat dunia menduduki tangga ketiga dengan 22 bawah adalah anak kepada bekas pemain tenis Czech, Petr Korda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 10:30 AM