AFP

Miami: Ketua Pegawai Kewangan Florida berkata kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bahawa negeri itu gembira jika dapat menganjurkan Sukan Olimpik ketika spekulasi tuan rumah Jepun mungkin menarik diri.

Jimmy Patronis menghantar surat kepada ketua IOC, Thomas Bach dengan harapan besar dapat mempertimbangkan penukaran lokasi Olimpik 2021 dari Tokyo, Jepun ke Amerika Syarikat khususnya ke Florida.

"Dengan media melaporkan beberapa pemimpin di Jepun bimbang dengan peningkatan pandemik, masih ada masa untuk pasukan penilai ke Florida," katanya.

Surat itu yang ditandatangani oleh Patronis disiarkan dalam talian hari ini menekankan kelebihan mereka dari segi pengedaran vaksin, pembukaan semula ekonomi dan acara sukan dianjurkan ketika pandemik selain taman tema terutamanya Disney World yang mula dibuka kepada umum.

Tetapi Florida berdepan 25,000 kematian setakat ini dengan jumlah keseluruhan 420,000 orang maut di Amerika Syarikat.

"Apa sahaja langkah keselamatan dan kesihatan akan diselesaikan secepat mungkin,'' kata Patronis.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 11:32 AM