GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan pada malam Rabu bahawa pihak berkuasa memutuskan untuk melanjutkan perintah darurat untuk tempoh sebulan lagi bagi mengekang penularan Covid-19 di wilayahnya.

Agensi berita rasmi Palestin WAFA berkata, keputusan itu diumumkan menerusi dikri presiden dan berkuat kuasa pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan melaksanakan semua langkah bagi mengekang penularan Covid-19, menjaga kesihatan dan keselamatan awam.

Dalam ucapan rasmi yang disiarkan oleh televisyen Palestin, Mahmoud mengumumkan bahawa kerajaan sudah mendapat persetujuan dengan beberapa negara dan pihak berkaitan bagi memberikan vaksin kepada penduduknya.

Sebelum ini, perintah darurat kali pertama dikuatkuasakan pada 5 Mac, selepas kes pertama Covid-19 direkodkan di Tebing Barat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 9:27 AM