SILVA (kanan) tonggak harapan City untuk layak Liga Juara-Juara. FOTO Reuters
SILVA (kanan) tonggak harapan City untuk layak Liga Juara-Juara. FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Kehadiran semula David Silva sejak hujung minggu lalu berjaya melonjakkan semangat juang Manchester City dan pasukannya berharap pemain itu mampu mencerahkan peluang mereka untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.

Silva yang kembali cergas selepas mengalami kecederaan lutut dua minggu lalu, beraksi cemerlang ketika membantu pasukannya menang 5-0 ke atas Crystal Palace dan ia adalah kemenangan ketiga City sepanjang sembilan aksi Liga Perdana.

Keputusan itu membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola mengukuhkan kedudukan di tangga keempat menjelang pertemuan dengan Leicester City malam ini.

Kecederaan pangkal paha Sergio Aguero juga dilaporkan semakin baik tetapi mungkin terlalu awal baginya untuk diturunkan malam ini. Bagaimanapun, tiga peledak City Raheem Sterling, Gabriel Jesus serta Leroy Sane cergas sepenuhnya dan kelihatan tidak terjejas sepanjang ketiadaan Aguero sambil dibantu kreativiti Silva dan Kevin De Bruyne.

Tujuh mata hasil tiga perlawanan terakhir ini akan menjamin tempat City ke Liga Juara-Juara musim depan dan pertemuan menentang Leicester diharap mampu menghadirkan tiga mata yang diinginkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 5:05 AM