ALOR GAJAH 13 MAY 2017. ( MM786Q ) Pemilik pusat perlindungan, Norashikin Ahmad, 24, (kanan) memastikan kucing yang dijaga dibersihkan selalu ketika ditemui pada Program Sukarelawan Pembersihan Pusat Perlindungan Haiwan Shikin's Team Animal Rescuer di Lendu. STR/ MUHAMMAD HATIM AB MANANMUHAMMAD HATIM AB MANAN
Shaiffulazhar Misri


Alor Gajah: “Memanjakan dan memandikan haiwan peliharaan seperti kucing aktiviti paling menyeronokkan bagi saya. Aktiviti ini juga boleh membantu mengurangkan tekanan selepas penat bekerja.

“Jika diberitahu mengenai program amal membabitkan haiwan comel ini saya pasti mahu ambil bahagian,” kata sukarelawan Secilah Jalabid, 23.

Secilah, berasal dari Sabah sanggup memandu dari Batu Pahat, Johor, semata-mata mahu mengambil bahagian pada gotong-rotong diadakan di Pusat Perlindungan Haiwan Shikin’s Team Animal Rescuer (STAR ) Kampung Paku, Lendu, di sini, kelmarin.

Katanya, sejak kecil keluarga mendedahkannya dengan sifat sayangkan haiwan hingga mendorongnya menjadi sukarelawan sejak di sekolah menengah lagi.

“Saya mendengar hebahan pusat perlindungan ini memerlukan sukarelawan beberapa bulan lalu dan mengajak rakan ke Melaka untuk turut serta hari ini (semalam). Kami seronok melihat gelagat haiwan kerana ini masanya untuk belai kucing sepuas-puasnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2017 @ 9:21 AM