X
NORA Danish
NORA Danish


Ukiran senyuman tidak pernah lekang dari bibir figura jelita bernama Nora Danish ini walaupun dugaan demi dugaan menerjah hidupnya sepanjang 12 tahun mencanai bakat dalam industri seni.

Terbaru, nama Nora sekali lagi terpalit dengan kontroversi membabitkan dia dengan pelakon Fasha Sandha hingga mengambil keputusan memfailkan saman terhadap pelakon itu dan seorang penulis blog.

Barangkali ramai yang tanya-tanya dari mana datangnya kekuatan wanita ini sedangkan melihat fizikal luarannya, dia seorang wanita yang lembut dan santun.

Jawapannya cukup mudah. Ikatan perkahwinan bersama Nedim Nazri pada 30 Mac lalu membuatkan wanita ini terus kuat untuk melalui setiap ujian yang datang.

Bertemu Nora dalam satu majlis baru-baru ini, dia mengakui tidak mahu diburu media dengan soalan sama yang akan merunsingkan fikirannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 3:28 AM