SHAHIR.
Syanty Octavia Amry


Selama tiga tahun menyepi, bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir tampil membuat kemunculan pada program akhir Gema Gegar Vaganza (GGV), baru-baru ini.

Biarpun diserbu wartawan bagi bertanyakan perkembangan dirinya, penyanyi yang dikaitkan dengan pelakon Erra Fazira itu tenang menjawab setiap soalan.

Menurut Shahir, 29, dia tidak lari ke mana-mana dan hanya berehat di kampung halaman di Kampar, Perak.

“Saya tidak ke mana-mana. Lagi pun tidak ada apa yang saya lakukan di sini (Kuala Lumpur) menyebabkan saya mengambil keputusan menetap di kampung.

“Tidak ada lagu atau projek baru untuk saya berada di Kuala Lumpur. Apabila saya hadir ke beberapa majlis sebelum ini, orang sering bertanya adakah saya akan tampil dengan lagu baru.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 4:28 AM