CRISTIANO Ronaldo. FOTO AFP
AFP

Madrid: Cristiano Ronaldo (gambar) menuju ke final Liga Juara-Juara awal pagi Ahad ini menentang Juventus menyedari dia berpeluang untuk menyamai rekod Lionel Messi merangkul anugerah Ballon d’Or lima kali.

“Saya mahu mengejar Messi,” jelas Ronaldo apabila meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia ketiganya Kini bintang Portugal itu sudah memiliki empat anugerah namun Messi masih di depannya dengan lima.

Dua pemain itu mendominasi anugerah sepanjang sedekad lalu dalam perjuangan untuk dianggap bukan saja terbaik dalam generasi mereka bahkan antara yang terbaik sepanjang zaman.

Malah, ketika benteng degil Juventus memaksa Messi berputih masa ketika menang 3-0 secara agregat buat kelab Itali itu ke atas Barcelona pada suku akhir, Ronaldo boleh melengkapkan satu lagi musim gemilang dengan memastikan Madrid muncul kelab pertama mempertahankan trofi Liga Juara-Juara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 5:29 AM