SEBAHAGIAN daripada dadah yang dirampas daripada suspek.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Seramai 10 ‘jutawan teh dadah’ berdepan hukuman gantung sampai mati selepas polis merampas pelbagai dadah milik mereka bernilai lebih RM5 juta.

Sumber polis berkata, semua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Pulau Pinang, Sepang, Selangor dan Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melakukan serbuan dalam tempoh tujuh jam bagi menumpaskan kegiatan sindiket terancang itu.

“Penahanan membabitkan enam suspek di Pulau Pinang, tiga individu di Sungai Besi dan seorang dalang sindiket di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dalam serbuan di Pulau Pinang, polis merampas 21 kilogram syabu dan 7,800 pil Eramin 5 manakala sebanyak 3.3kg kokain dirampas di KLIA. Dadah itu ditemui dibungkus rapi di dalam peket teh bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 6:00 AM