CHONG Wei tagih tunjuk ajar legenda badminton negara.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Selepas enam tahun meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek kemungkinan besar akan kembali ke badan induk itu dalam tempoh terdekat.

Namun kali ini, peranannya bukan sebagai jurulatih perseorangan atau menggantikan tempat Morten Frost Hansen sebagai Pengarah Teknikal, sebaliknya jurulatih peribadi khas buat Datuk Lee Chong Wei.

Menurut sumber, Misbun mungkin akan menerima tawaran itu kerana ia permintaan daripada Chong Wei sendiri.

“Benar, kemungkinan besar Misbun akan kembali semula. Chong Wei mahukan khidmatnya sebagai jurulatih peribadi hinggalah sampai dia bersara kelak.

“Bermakna mungkin ada tempoh dua atau tiga tahun Misbun dapat melatih Chong Wei.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 1:54 AM