(Gambar kecil) AYAM yang dipercayai digunakan untuk upacara angkat sumpah kumpulan kongsi gelap yang dirampas polis. FOTO ihsan Polis
Muhammad Apendy Issahak


POLIS memberkas 23 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang sedang mengadakan upacara 'angkat sumpah' di Taman Lintang Makmor, Sungai Siput, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, serbuan 4.30 petang itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

"Tangkapan membabitkan 22 lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia antara 22 hingga 55 tahun.

"Turut dirampas, dua ayam yang dipercayai digunakan untuk upacara angkat sumpah kongsi gelap itu," katanya, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati 10 daripada yang ditahan itu mempunyai tatu berkaitan dengan kongsi gelap dan enam daripadanya juga memiliki rekod jenayah lampau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Jun 2017 @ 6:23 PM