IBRA terpaksa berehat hingga Disember. FOTO Reuters
Reuters

London: Zlatan Ibrahimovic mungkin ditawarkan kontrak baru oleh Manchester United, kata pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Jose Mourinho menjelang perlawanan persahabatan dengan Los Angeles Galaxy.

Bercakap di sidang akhbar sebelum perlawanan jelajah pertama mereka di California, Mourinho sedia membenarkan pemain Sweden itu untuk kembali menyarung jersi United apabila dia pulih daripada kecederaan lutut nanti.

Ibrahimovic, 35, yang sudah tidak memiliki kontrak bersama United, muncul penjaring terbanyak musim lalu tetapi dilanda kecederaan dan tidak boleh bermain hingga Disember.

“Jika dia mengambil keputusan untuk kekal dan sedia menunggu hingga Disember, mengapa kami tidak boleh menerimanya?” kata jurulatih Portugal itu kepada wartawan.

Sepanjang ketiadaan Ibrahimovic, Mourinho sudah membawa masuk penyerang Belgium Romelu Lukaku dari Everton.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 5:04 AM