Latif atasi peserta Croatia dan Ukraine sekaligus perbaharui rekod kejohanan miliknya. FOTO IPC
Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


ATLET lompat jauh Abdul Latif Romly meneruskan kecemerlangan atlet negara dengan menghadiahkan emas di Kejohanan Olahraga Paradunia IPC di London.

Ia adalah emas kedua negara di temasya itu selepas Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbangkan emas dalam acara lontar peluru sebelum ini.

Biarpun lima bulan tidak beraksi di kejohanan kompetitif akibat kecederaan buku lali, Latif terus terbang tinggi untuk menghadiahkan emas selepas melakukan lompatan sejauh 7.37 meter sekali gus memperbaharui rekod kejohanan miliknya yang dilakukan ketika di Doha dua tahun lalu iaitu 7.36m.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Croatia, Zoran Talic dengan lompatan 7.32m manakala gangsa milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine 7.12m.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 9:03 PM