ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


DUA beradik warga emas maut selepas kediaman mereka terbakar di Jalan SS 2/4, Petaling Jaya, kira-kira 3 pagi, hari ini.

Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.38 pagi tadi.

"Seramai 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Penchala dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak dan berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian," katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap rumah teres dua tingkat terbabit menemui mangsa, Ahmad Lokman Abdul Manan, 73, di pintu dapur tingkat bawah.

"Seorang lagi mangsa, Rohani Abdul Manan, 89, ditemui di dalam tandas tingkat atas kediaman berkenaan.

"Kedua-dua mangsa yang melecur 10 peratus dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 9:13 AM
Kabinet Malaysia 2020