Muhamad Azizun menunjukkan batu kuarza.
Batu kristal yang terdapat di Permatang Kuarza Gombak.
Muhamad Azizun memanjat bukit menggunakan tali.
Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Nor Asyikin Mat Hayin
am@hmetro.com.my


Gombak: Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) atau turut dikenali sebagai Bukit Tabur diwartakan pada 18 Februari 2010 dengan keluasan lebih kurang 114 hektar sebagai Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan 1.

Ianya satu keajaiban geologi bertaraf dunia yang mempunyai nilai warisan tinggi dan menjadi permatang kuarza terpanjang di Asia Tenggara iaitu lebih kurang 14 kilometer.

Permatang ini dibentuk daripada bendalir hidroterma batuan granit melalui rejahan berbentuk ‘dyke’ di sepanjang sesar Kuala Lumpur dan kini dianggarkan berusia antara 122 hingga 200 juta tahun.

Di antara puncak tertinggi yang terdapat di sepanjang permatang ini adalah Bukit Batu Tabur (534 meter (m)), Bukit Rata (367m) dan Bukit Batu Chondong (322m).

Pada permukaan permatang ini terdapat banyak batuan kristal kuarza yang berbentuk seperti pensel yang juga tahan terhadap proses luluhawa.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 4:59 AM