Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


PENDUDUK terkejut melihat anak lembu berkepala dua seberat 15 kilogram dalam kejadian di Kampung Paloh Chicha, Tumpat, semalam.

Penternak lembu, Syukri Mohamed, 45, berkata, ini adalah kali pertama dia menyaksikan perkara itu.

Katanya, lembu betinanya yang bunting menunjukkan tanda mahu melahirkan anak namun keadaannya semakin lemah semalam.

"Saya terpaksa menyembelih haiwan itu untuk menyelamatkan anaknya.

"Sebaik perut lembu dibelah, saya terkejut kerana anak lembu itu mempunyai dua kepala.

"Bagaimanapun, anak lembu itu sudah mati," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bangkai anak lembu itu ditanam berdekatan kawasan rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 7:21 PM
Anak lembu berkepala dua yang mengejutkan penduduk di Kampung Paloh Chicha, Tumpat, semalam. FOTO ihsan pembaca