Dua lelaki yang ditahan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Jitra setelah mendapat perintah tahanan reman. FOTO Sharul Hafiz Zam
Zuliaty Zulkiffli


DUA lelaki direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Jitra bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan anggota polis Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A) Bukit Aman .

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 36 tahun itu dibawa ke mahkamah jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kubang Pasu.

Dalam kejadian 10.25 malam kelmarin, anggota polis terbabit ditembak dengan empat das tembakan di rumah di Taman Hosba, Changlun, Jitra.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini polis sudah menahan tiga individu termasuk seorang lelaki berusia 35 tahun pada malam kejadian untuk membantu siasatan.

Berita berkaitan

Suspek kedua bunuh Sub Inspektor ditahan

Suspek bunuh Sub Inspektor ditahan

Arwah ditembak masa tengah berbual

Anggota polis Bukit Aman maut ditembak

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 11:16 AM