RAFIQ Ismail (kiri) dan Sin Li memperagakan pingat emas yang dimenangi dalam acara boling beregu campuran. -Foto DANIAL SAAD
RAFIQ Ismail (kiri) dan Sin Li memperagakan pingat emas yang dimenangi dalam acara boling beregu campuran. -Foto DANIAL SAAD
Ajitpal Singh


PEMAIN negara Rafiq Ismail-Sin Li Jane memenangi pingat emas acara beregu campuran dengan kelebihan 13 pin ke atas rakan senegara Alex Liew-Shalin Zulkifli pada acara bowling Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, hari ini.

Dalam acara yang pertama kali dianjurkan di Sukan SEA itu, Rafiq-Li Jane mencatatkan keseluruhan 2,816 jatuhan pin sekali gus mengatasi pemenang perak, Alex-Shalin yang melakukan 2,803 jatuhan pin.

Pasangan Thailand Annop Arromsaranon-Yanee Saebea meraih gangsa dengan catatan 2,769 jatuhan pin.

Ia adalah emas ketiga Malaysia dalam sukan bowling susulan kejayaan Rafiq (perseorangan lelaki) dan Alex-Syafiq Ridhwan Abd Malek (beregu lelaki), semalam.

Acara bowling diteruskan esok dengan acara trio lelaki dan wanita dipertandingkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 7:22 PM