PASUKAN gimrama negara memenangi pingat emas acara berpasukan gelung gimnastik berirama wanita Sukan Sea KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Aida Adilah Mat
sukan@hmetro.com.my


SKUAD gimrama negara menambah satu lagi pingat emas selepas mengungguli acara gelung berpasukan (lima gelung) Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

Skuad negara dianggotai Amira Sofiya Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jie Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen serta Thew Yue Jia meraih 16.050 mata manakala Singapura merangkul perak (13.400 mata) dan Filipina memenangi gangsa (10.650 mata).

Sebelum ini, gimnas negara Koi Sie Yan berjaya mempertahankan pingat emas selepas mengungguli acara gimrama individu keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 4:40 PM