GAMBAR adik Muhammad Mikhail adalah ihsan Rasfadila Rajmi.
Muhaamad Hafis Nawawi


"TIDAK ada satu pun sikap dan sifatnya yang boleh buat kita marah dan apabila lihat Mikhail sejuk mata memandang.

"Gambar itu saya ambil tahun lalu sebagai kenangan sebelum saya berhenti kerja," kata bekas guru Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, lima tahun.

Rasfadila Rajmi, 26, menjelaskan dia mengajar kanak-kanak itu ketika bekerja di Tadika Qdees Centre Alor Setar, tahun lalu.

Menurutnya, Muhammad Mikhail adalah kanak-kanak yang sangat baik.

Antara catatan terbaru bekas guru Muhammad Mikhail itu di laman Facebook - ‘Be strong sayang..Awak kuat, yea Awak mmg sorg budak yang kuat... semua orang tgh doakan awak.. ticer tahu awak seorang budak yang kuat Semangat... keep breathing plss...’

Muhammad Mikhail yang kemalangan di Titi Gajah, Alor Setar, Rabu, 30 Ogos, parah di kepala, patah tiga tulang rusuk kanan yang menyebabkan kecederaan pada paru-paru kanan.

Kanak-kanak itu terbabit dalam kemalangan selepas bapa, Jafrul Nizam Jaafar, 38, mengejar ibunya, Marziana Mahadzir, 37, dengan kereta pada kira-kira 2 petang semalam.

Berikutan kecederaan itu, Muhammad Mikhail dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Berita berkaitan

Adik Mikhail patah rusuk, cedera paru kanan

Berebut anak punya pasal...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 1:21 AM