GAMBAR yang dirakam pada 29 Julai 2017 menunjukkan lelaki menonton laporan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un ketika pelancaran ujian peluru berpandu balistik antara benua. FOTO AFP
AFP

KOREA UTARA dipercayai menjalankan ujian nuklear keenam, hari ini selepas gegaran bermagnitud 6.3 dikesan berhampiran lokasi ujian utama.

Ujian itu dijalankan beberapa jam selepas Korea Utara mendakwa berjaya menghasilkan bom hidrogen yang boleh dimuatkan ke dalam peluru berpandu balistik antara benua barnya.

Ketua Staf Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, gempa seismik dikesan berhampiran tempat ujian di Punggye, Korea Utara.

Sementara itu, Kajian Geologi America Syarikat (USGS) merekodkan gegaran berukuran 6.3 iaitu lebih besar berbanding ujian sebelum ini.

Ahli geofizik USGS, Jana Pursely berkata: “Ia satu letupan, bukannya gempa bumi.”


PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-Un (tengah) memeriksa sarung logam di lokasi tidak dikenal pasti. Korea Utara mendakwa berjaya menghasilkan bom hidrogen. FOTO AFP/KCNA

Sementara itu, satu lagi gempa bumi dipercayai akibat runtuhan dikesan berhampiran lokasi ujian nuklear.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China berkata, ia dikesan beberapa minit selepas letupan dipercayai ujian atomik itu.

Pegawai China berkata, gempa berukuran 4.6 magnitud itu mungkin akibat runtuhan tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2017 @ 1:26 PM