SIMON Mignolet. FOTO Reuters
Reuters

Liverpool: Liverpool bertekad melupakan kekalahan teruk Liga Perdana Inggeris di tangan Manchester City dan bangkit untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Sevilla awal pagi Khamis, kata penjaga gol Simon Mignolet.

Pengurus Juergen Klopp berdepan kekalahan terburuknya di Liga Perdana apabila Liverpool yang beraksi dengan 10 pemain dibelasah 0-5 di Etihad, selepas penyerangnya Sadio Mane dibuang padang kerana mengasari penjaga gol City Ederson pada minit ke-37.

Liverpool akan kembali ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas tiga tahun tidak menyertai kejohanan itu dan Mignolet berkata pasukannya kini memberi tumpuan terhadap perkara positif.

“Kami perlu menghadapi 20 minit dan bagaimana kami bermain sebelum aksi antarabangsa dan membawanya ke perlawanan berikutnya,” kata Mignolet.

“Sudah pasti kami tidak boleh membiarkan persembahan selepas itu, kami perlu berwaspada tetapi kami mempunyai satu lagi perlawanan untuk membuktikan kemampuan kami sekali lagi.

“Jelas sekali ia sesuatu yang bagus, kejadian itu berlaku pada perlawanan awal dan kami mampu memperbaiki dan mengubahnya selepas ini.”
Mane, pemain Senegal yang akan digantung tiga perlawanan domestik kerana dilayangkan kad merah serta merta, dijangka diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-Juara manakala pengatur serangan Brazil Philippe Coutinho untuk akan membuat penampilan sulungnya dalam kempen kali ini.

Coutinho tidak beraksi dalam perlawanan awal Liverpool dan kelayakan Liga Juara-Juara berikutan kecederaan tetapi diturunkan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 bersama Brazil.

“Kami terfikir adalah baik untuk memberikannya latihan yang sewajarnya selama tiga atau empat hari dan dia akan boleh bermain bersama kami, dan ini satu berita gembira,” kata Klopp.

“Phil adalah adalah pemain menakjubkan, jadi harap kami dapat menggunakannya secepat mungkin.”

Liverpool akan menanti kunjungan Burnley di Anfield dalam aksi liga Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 3:58 AM