JENAZAH Almarhum Sultan Abdul Halim tiba di Makam Diraja Langgar. FOTO Azhar Ramli
Aizat Sharif


JENAZAH Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Jalan Langgar, Alor Setar, 4.30 petang, hari ini.

Keranda jenazah Almarhum tiba dan dibawa masuk ke makam menggunakan pengusung diraja oleh pegawai Istana Anak Bukit.

Hampir 2,000 orang yang terdiri daripada orang ramai serta kerabat diraja dan tetamu kenamaan menghadiri majlis pemakaman itu sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Almarhum yang mangkat di Istana anak Bukit, 2.30 petang semalam.

Bacaan talkin dipimpin oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.

Turut mengiringi jenazah Almarhum adalah Sultan dan Sultanah Kedah yang baru dimasyurkan hari ini,Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tengku Maliha Tengku Ariff.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Terdahulu, jenazah Almarhum selamat disiramkan dan disembahyangkan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

SULTANAH Kedah, Tuanku Haminah Hamidun menabur bunga mawar ke atas makam Almarhum Sultan Abdul Halim ketika Majlis Istiadat Pemakaman. FOTO Azhar Ramli

Berita berkaitan:

89 das iringi keberangkatan jenazah

8 jam gali liang lahad

Jalan ditutup sementara bagi Istiadat Pemakaman

Jenazah Sultan Kedah tiba di Balai Penghadapan Baru

21 das tembakan meriam

Orang ramai berkumpul di Istana Anak Bukit

Sultan Kedah mangkat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 6:43 PM