GAMBAR yang dipentik daripada video kebakaran yang tular di media sosial dan keadaan dalam bagunan selepas kebakaran yang dibekalkan oleh Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kalidevi Mogan Kumarappa


SEKURANG-kurangnya 20 pelajar tahfiz sempat terjun menyelamatkan diri dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, subuh hari ini.

Mereka dikatakan terjun melalui tingkap dari tingkat 2 bangunan berkenaan.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada 5.45 pagi.


PAPAN kenyataan mengenai mangsa yang terbabit dalam kebakaran. FOTO Kalidevi Mogan

Bagaimanapun, katanya, api dipercayai bermula dari tingkat atas pisat tahfiz berkenaan, antara 5.15 dan 5.20 pagi.

Katanya, kebakaran berlaku di mana tempat sebahagian pelajar dan ustaz sedang tidur.

Pada masa ini mayat semua mangsa masih berada di lokasi kejadian.

Unit Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

Sementara itu, beberapa klip video mengenai kejadian berkenaan mula tular di media sosial yang memaparkan kebakaran ketika azan subuh amat jelas berkumandang.

Berita berkaitan

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 9:05 AM