Suraya RoslanMuhammad Saufi Hassan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Asrizal Aris
am@hmetro.com.my


"BAGAIMANA nak mati syahid," itu persoalan yang diajukan oleh Muhammad Hafiz Iskandar Mohd Sulaiman, 11, apabila kali terakhir berjumpa dengan ibu saudaranya, Maszaitul Murni, 26, pada Aidiladha lalu.

Muhammad Hafiz adalah seorang daripada 23 mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kira-kira 5.30 pagi hari ini.

Turut terkorban, abang serta adiknya, Muhammad Syafiq Haikal, 13, dan Muhammad Harris Ikhwan, 10.

Maszaitul berkata, dia bersama adik beradik yang lain tidak sangka pertanyaan Muhammad Hafiz itu adalah petanda dia akan pergi mengadap Ilahi dalam keadaan yang boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana meninggal dunia ketika menuntut ilmu Al-Quran.

"Dia bersungguh-sungguh tanya, kalau mati masuk syurga tak? Jadi kami menjawab boleh jika mati syahid.

"Dia bertanya lagi, macam mana nak mati syahid. Hafiz nak masuk syurga. Tak sangka pertanyaan itu ada makna buat dirinya," katanya ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, tiga beradik itu sentiasa bersama walau kemana sahaja dan merupakan individu yang sangat ceria namun pada hari terakhir mereka berjumpa tiga beradik itu, wajah mereka bertukar sayu dan sedih.

Sepupu tiga beradik itu, Mas Aliza Ali Baba, 22, berkata, ibunya menerima panggilan daripada Muhammad Syafiq, semalam, dan memberi petanda untuk pergi jauh.

"Kebiasaannya mereka bertiga akan hubungi saya sebab saya paling rapat dengan mereka yang menjaga dan menguruskan mereka termasuk menghantar mereka ke pusat tahfiz itu.

"Tetapi pelik Hafiz menghubungi ibu saya dan menyatakan mahu pergi. Ibu saya tanya nak pergi mana? Dia menjawab nak pergi bercuti.

"Akhirnya ibu saya membetulkan ayatnya, bukan pergi bercuti tetapi balik bercuti," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia menjaga tiga beradik itu sejak awal tahun ini kerana mereka bertiga adalah anak yatim yang kematian bapa.

Mas Aliza berkata, dia serta keluarga masih menunggu keputusan pengecaman dan proses bedah siasat di Institut Perubatan Forensik yang dijangka mengambil masa lebih 24 jam.

Berita berkaitan

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 8:40 PM
(Dari kiri) Haikal, Hafiz dan Harris terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.