KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bersama pegawai menunjukan sebahagian barang milik 7 suspek yang ditahan selepas mengadakan sidang media mengenai perkembangan terbaru siasatan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Kalidevi Mogan Kumarapa dan Hasbi Sidek dan Nabiha Kamal
am@hmetro.com.my


SIDANG MEDIA [teks tanpa edit] Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada 8.20 malam, 16 September 2017.

“Pada 14 September jam 5.41 pagi, bomba terima panggilan mengenai kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“5.44 pagi bomba sampai di lokasi kejadian dan 6.45 pagi, api berjaya dipadamkan. Seramai 21 pelajar lelaki, enam hingga 17 tahun terkorban.

“Dua lagi warden, 25 dan 26 tahun terkorban. Tujuh orang cedera. Jenazah tidak dapat disahkan secara identiti.

“Guna kaedah DIV iaitu pengecaman jenazah melalui tiga cara iaitu guna cap jari, rekod pergigian dan DNA sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Pada 15 September semua mayat selamat dikebumikan. Siasatan atas kesalahan khianat dengan api. Siasatan rapi dan bantuan pihak yang ada berhampiran dengan kejadian, berikan pita video.

“Hasilnya, tujuh orang berjaya ditahan, 11 hingga 18 tahun, antara 6 petang hingga 2 pagi, hari ini. Rampas pakaian dan topi keledar suspek.

“Enam daripada mereka positif dadah, satu daripadanya tidak positif. Tujuh daripada mereka sudah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Dua daripada mereka ada rekod lampau iaitu mencuri dan rusuhan. Motif kejadian adalah berpunca dari ejekan antara kedua-dua pihak.

“Tolong hentikan mesej yang viral kerana akan ganggu proses perbicaraan mahkamah. Sedang siasat punca ejek-mengejek. Tujuh orang itu tinggal berdekatan pusat tahfiz.

“Mereka yang membawa tong gas. Polis sudah selesai kes dengan tangkapan semua suspek. Dapat CCTV daripada PPIM dan daripada itu, dapat imej suspek.

“Satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran. Tidak wajar untuk menceritakan proses pembakaran itu dilakukan. Mereka positif dadah jenis ganja.

“Akan siasat sama ada pengurusan pusat tahfiz tahu mengenai perselisihan faham. Motif memang untuk bakar pusat tahfiz itu. Mereka hanya berniat untuk bakar bangunan itu.

“Tiada dadah dijumpai bersama suspek. Pakaian dan motosikal akan dihantar ke makmal untuk analisa. Gas silinder itu dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas oleh suspek.

“Dua tong gas digunakan secara keseluruhan dalam kejadian ini. Disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama.

“Mungkin usia mereka dan kematangan itu, mereka tidak tahu niat untuk membakar itu akan membunuh orang. Mereka ambil ganja sebelum melakukan tindakan itu.

“Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

“Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

“Semalam panggil pelajar tahfiz yang tidur di surau berdekatan dan beliau tidak terbabit dalam kejadian itu sebelum dibebaskan.

“Semua tujuh orang itu bukan pelajar tahfiz. DBKL akan siasat pemilik pusat tahfiz atas kesalahan beroperasi tanpa kelulusan.”

b>Berita berkaitan

Dendam sampai bakar tahfiz

Tujuh remaja direman

Mangsa terselamat di lokasi rahsia

Cari pembeli petrol

Pengkhianat takkan terlepas

Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru

'Ada boleh sembang, ada tidak'

'Maaf, saya tak boleh beritahu'

Damailah di sana

Mereka syahid, Allah lebih menyayangi

Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia

Ustaz Yusuf selamat dikebumikan

RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta

Pakai jubah putih bersama

Siapa lelaki itu?

Seorang pelajar ditahan bantu siasatan

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Cari petunjuk daripada rakaman CCTV

Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL

Solat jenazah di Masjid HKL

PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah

12 sahabat di Raudhatul Sakinah

Semua waris dah serah DNA

Ramai datang hulur bantuan

'Satu laluan keluar saja' kata bomba

Berubah tertib masuk tahfiz

2 tong gas timbulkan tanda tanya

Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2017 @ 8:58 PM
Teruskan ke laman Harian Metro »