PEMANDU Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton kelihatan ceria selepas mencatat masa terpantas dan meraih slot utaa untuk perlumbaan pada Ahad. FOTO Syarafiq Abd Samad
Saiful Affendy SapranSukhairi Thani dan Fadhli Ishak


PEMANDU Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton meraih petak pertama perlumbaan, esok.

Ini selepas dia mendominasi sesi kelayakan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1), hari ini, dengan catatan masa terpantas 1 minit 30.076 saat.

Hamilton juga melakar rekod peribadi dengan meraih petak pertama buat kali ke-70 dalam kerjayanya.

Kimi Raikkonen dari Ferrari meraih petak kedua selepas mencatat 1:30.121s manakala Max Verstappen dari Red Bull Racing yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-20 hari ini menyambar petak ketiga (1:30.541s).

Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo meraih petak keempat sementara Vallteri Bottas (Mercedes AMG PETRONAS) slot kelima.

Perlumbaan 56 pusingan itu akan berlangsung kira-kira 3 petang esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 7:47 PM