AKSI Verstappen ketika perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang. -Foto Reuters
Oleh Sukhairi Thani dan Saiful Affendy Sapran dan Fadhli Ishak


PEMANDU Red Bull, Max Verstappen meraih hari minggu yang menakjubkan apabila muncul juara Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia PETRONAS yang juga hadiah ulang tahun ke-20 paling sempurna dalam kariernya musim ini.

Kemenangan itu juga adalah yang sulung buat pelumba Belanda itu untuk musim 2017 selepas tujuh daripada 14 perlumbaan sebelum ini menyaksikan dirinya gagal menamatkan saingan.


VERSTAPPEN (tengah) meraikan kejayaan meraih kejuaraann di GP Formula Satu Malaysia selepas menewaskan Hamilton di tempat kedua dan rakan sepasukan Riciardo. Foto AFP

Verstappen mencatat masa terpantas 1 jam 35.576 saat manakala pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton kedua, 1:36.932s.

Rakan sepasukan Verstappen yang juga juara di Sepang tahun lalu, Daniel Ricciardo ketiga dengan catatan 1:36.589s.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel pula bangkit dari petak belakang dengan meraih penamat di tangga keempat, (1:41.345s).

Kali terakhir Verstappen muncul pemenang adalah di GP Sepanyol, Mei tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 5:14 PM