Hans dan Gabrielle padam gambar bersama di Instagram. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Hans dan Gabrielle padam gambar bersama di Instagram. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Najiy Jefri


PELAKON Datuk Hans Isaac mengumumkan membatalkan perkahwinan dengan tunangnya, model Gabrielle Robinson.

Hans berkata, keputusan itu dibuatnya selepas berfikir panjang walaupun mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari lalu.

"Dengan berat hati saya ingin mengumumkan bahawa rancangan untuk berkahwin selepas mengikat tali pertunangan pada 29 Februari tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat selepas berfikir panjang susulan daripada pertunangan terbabit," katanya, hari ini.

Pada masa yang sama, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik untuk hari bahagianya itu.

Hans dan Gabrielle Robinson yang juga seorang model sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu namun ditunda kepada tarikh yang tidak dimaklumkan.

Bagaimanapun, kisah antara Hans dan Gabrielle kembali menjadi bualan pada Ogos lalu apabila kedua-dua mereka bertindak memadam gambar bersama di laman sosial, Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 2:07 PM