KEADAAN rumah keluarga Khairul Anuar Ghazali di Rumah Murah Nibong, Dungun. FOTO Rosli Ilham
Rosli Iham
am@hmetro.com.my


SEBUAH keluarga terkejut apabila mendapati kediaman dan kereta mereka rosak dirempuh lori dalam kejadian di Rumah Murah Nibong, Dungun, malam tadi.

Kerosakan itu dikatakan berpunca daripada pemuda yang bertindak memandu lorinya dan merempuh pagar rumah keluarga itu, pada kejadian 7.30 malam.

Pemuda terbabit turut memecahkan cermin lori dan kereta milik dua menantu tuan rumah terbabit.

Difahamkan, pemuda itu turut memecah masuk rumah dan merosakkan barang dalam kediaman keluarga berkenaan.


KEADAAN rumah keluarga Khairul Anuar Ghazali di Rumah Murah Nibong, Dungun. FOTO Rosli Ilham

Menantu pemilik rumah, Khairul Anuar Ghazali, 31, berkata ketika kejadian dia bersama isteri, ibu mentua dan ahli keluarga lain menghadiri kenduri di Kemaman.

Katanya, dia bersama biras kemudiannya segera pulang ke rumah sebaik dimaklumkan kejadian itu oleh beberapa jiran.

“Kami sekeluarga tidak kenal pemuda itu. Saya sangat terkejut apabila dia merosakkan lori saya dan Proton Saga biras," katanya.

Khairul berkata, dia kemudiannya ke Ibu Pejabat Polis Dungun dan membuat laporan pada kira-kira 9 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 8:38 AM