(Kiri) Mayat-mayat dikumpulkan sejurus selepas serangan ‘gila’. (Kanan) Masjid Al-Rawdah. FOTO Agensi
Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 155 jemaah terbunuh dalam serangan bom dan bersenjata di sebuah masjid yang padat dengan jemaah di wilayah utara Sinai, Mesir hari ini.

Sementara 120 jemaah lagi dilaporkan cedera menjadikan serangan itu yang terburuk pada masa ini.

Pengganas Daesh yang disyaki bertanggungjawab atas serangan itu menyerang Masjid Al-Rawdah yang terletak di Bir al-Abed, dekat El-Arish, semasa jemaah khusyuk mendengar khutbah.

Mangsa terdiri daripada orang awam dengan laporan menyebut pengganas meletupkan bom semasa khutbah dibacakan sebelum menembak rambang ke arah jemaah yang sedang bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 10:23 PM