HM Digital


• JSJN Bukit Aman dan STING tumpaskan tujuh sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Johor dan Kuala Lumpur dengan nilai rampasan RM1.8 juta.

• Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 10,196 pil dadah jenis ekstasi bernilai RM356,860 di Cawangan Bungkusan Pos Kota Kinabalu.

• Wanita warga Indonesia yang menawarkan khidmat mengurut direman 14 hari kerana mencuri di Butterworth.

• Kerana mengganggu frekuensi radio menggunakan alat komunikasi tidak standard dan tidak diperakui, peniaga berusia 57 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown.

• Sempena sambutan penubuhan Arkib Negara yang ke-60, Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Duit Syiling Peringatan untuk peminat dan pengumpul syiling.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 6:50 PM