MOHAMAD (tengah) bersama pemain Negeri Sembilan pada majlis memperkenalkan pasukan Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia Negeri Sembilan musim 2018 di Klana Resort. FOTO/HAZREEN MOHAMAD
Mohd Fitrie Muhamad dan Syafiq Aznan


“IA hanya penggantungan biasa seperti kad merah lain!”

Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

Hamidin berkata ia bukan masalah berat yang membolehkan Presiden PBNS itu menerima hukuman lebih berat.

“Kalau itu yang berlaku, ia kad merah sama seperti kejadian lain. Seperti kebiasaan, ia dianggap selesai selepas beliau (Mohamad) habis menjalani penggantungan satu atau dua perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, hari ini, Mohamad berkata beliau digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh PBNS selepas dilayangkan kad merah dalam satu perlawanan kira-kira 40 tahun lalu.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika final liga tempatan pada 1977, membabitkan pasukan diwakili Mohamad, NS Malays dengan NS Indians.

Mohamad yang beraksi di posisi pertahanan berkata pada mulanya beliau dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain kebangsaan, G Torairaju namun selepas itu pengadil perlawanan terus melayangkan kad merah kepadanya kerana membantah dan menendang bola sehingga terkena pengadil bertugas.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah berkata, Mohamad Hasan tidak berdepan masalah untuk memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) meskipun dia digantung seumur hidup oleh persatuan negeri itu.


HAMIDIN (kanan) anggap kad merah biasa yang diberikan kepada Mohamad.

penggantungan yang dikenakan ke atas Mohamad adalah membabitkan penggantungan daripada bermain bola sepak dan bukannya digantung daripada terbabit dengan aktiviti bola sepak.

“Penggantungan yang dikenakan adalah berbeza dengan penggantungan ke atas pemain yang disabitkan dengan kesalahan rasuah dan pada pandangan saya mengenai kes ini, beliau hanya tidak boleh bermain bola sepak untuk Negeri Sembilan ataupun mana-mana negeri dan juga kelab.

“Sebaliknya, beliau boleh terbabit dengan aktiviti bola sepak seperti memegang apa-apa jawatan dalam persatuan bola sepak negeri (PBNS) seperti yang dipegang olehnya ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri, hari ini, Mohamad berkata beliau digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh PBNS selepas dilayangkan kad merah dalam satu perlawanan kira-kira 40 tahun lalu.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika final liga tempatan pada tahun 1977, membabitkan pasukan diwakili Mohamad, NS Malays menentang NS Indians.

Mohamad yang beraksi di posisi pertahanan berkata pada mulanya beliau dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain kebangsaan, G Torairaju namun selepas itu pengadil perlawanan terus melayangkan kad merah kepadanya kerana membantah dan menendang bola sehingga terkena pengadil bertugas.


KAMARUDIN menjelaskan Mohamad tiada masalah untuk memegang jawatan sebagai Presiden PBNS.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2018 @ 9:39 PM