JUARA Anugerah Nasyid 2017, Fadzli Fareast (tengah) bersama pemenang tempat kedua, Lah Ahmad (kanan) dan tempat ketiga, Daqmie (kiri) menunjukkan trofi yang dimenangi pada Anugerah Nasyid 2017 (AN17) di Stadium Malawati, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


LAGU Jalan Syahadah nyanyian Fadzli Fareast muncul Juara Anugerah Nasyid 2017 (ANI17) di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Fadzli membawa RM10,000, kepingan emas bernilai RM15,000, trofi dan sijil.

Lagu hasil ciptaan Fadzli dan lirik Ito Lara turut meraih pulang trofi Vokal Terbaik dan membawa RM1,500, trofi dan sijil.

Fadzli turut merangkul anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang RM1,500, trofi dan sijil.

Naib juara pula menjadi milik Lah Ahmad menerusi lagu Salam dan membawa pulang RM8,000, kepingan emas bernilai RM13,000, trofi dan sijil.

Tempat ketiga pula dimenangi Daqmie menerusi lagu Jalan Syahadah dan membawa pulang RM5,000, kepingan emas bernilai RM6,000, trofil dan sijil.

Hafiz Hamidun pula membawa pulang trofi bagi kategori Lirik Terbaik menerusi lagu Penyelamat dan memenangi meraih RM1,500, trofi dan sijil.

Kumpulan Simfoni pula muncul sebagai Artis Baru Terbaik manakala lagu Ajarkan Aku Setia nyanyian kumpulan Al-Manna diangkat pemenang Anugerah Muzik Video Terbaik.

Mereka membawa pulang RM1,500 berserta trofi dan sijil.

Kesemua pemenang diadili oleh barisan juri profesional iaitu Rozman Syafie (LY), Amran Omar, Norkhayati Mohd Hashim (Baiduri), Siti Hajar Ismail, Juliza Adlizan Abdul Rafar dan Farihin Abdul Fattah yang bertindak selaku ketua juri.

Sementara itu, kategori anugerah pilihan pendengar/penonton menyaksikan UNIC memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Lagu Pilihan menerusi lagu Syamail Muhammadiah dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.

Fadzli Fareast pula memenangi Anugerah Artis Solo Pilihan.

Semua pemenang membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM1,500, sijil penghargaan dan trofi.

AN17 dihoskan oleh Suffian Amrin, Syafinaz Yunuz, Amy Sofia Ahmad dan DJ Faiz Nordin.

Ia dipancarkan secara langsung menerusi stesen radio IKIMfm dan TV AlHijrah (saluran 114).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 12:35 AM