SULTAN Hassanal Bolkiah membuat aduan fitnah kepada polis Indonesia mengenai akaun Instagram yang mengkritiknya.
South China Morning Post

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah membuat aduan fitnah kepada polis Indonesia mengenai akaun Instagram yang mengkritik pemimpin kaya di negara terkecil di Asia Tenggara itu.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, aduan dibuat oleh Timbalan Pengarah Polis Diraja Brunei sebagai pihak yang mewakili baginda.

Yuwono berkata, pegawai polis yang juga kerabat diraja Brunei itu membuat lawatan ke Jakarta ketika terjumpa beberapa gambar Sultan Brunei itu bersama komen menghina di akaun Instagram dikenali dengan nama ‘anti_hassanal.’

Pemilik akaun terbabit kemudiannya memadamkan semua gambar yang dimuat naik itu sehingga hari ini.

Yuwono berkata: “Terdapat beberapa gambar dan komen mengenai Sultan Brunei yang dianggap menjejaskan dan menfitnahnya.”

Katanya, polis sedang melakukan siasatan terhadap perkara itu.

Berita asal:

Indonesia investigates ‘defamatory’ insults on Instagram about the Sultan of Brunei

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2018 @ 6:42 PM